Alhamdulilah..selesai sudah sesi pilihanraya kampus UPSI pada hari ini..semuanya berjalan dengan lancar di semua tempat mengundi..keputusan Pilihan Raya Kampus UPSI untuk 15 kerusi yang menyaksikan pertandingan antara kumpulan Mahasiswa Pendidik (Pro Kebajikan) dan Pimpinan Bitara (Pro Aspirasi) menyaksikan kemenangan menyebelahi Pimpinan Bitara dengan 9 kerusi berbanding 6 Mahasiswa Pendidik..Pelabelan calon sebagai Mahasiswa Pendidik dan Pimpinan Bitara menjadikan suasana pilihan raya kampus lebih menarik dan matang. Sama ada calon sendiri yang melabelkan diri mereka ataupun akhbar yang memanipulasi pelabelan calon ini, saya kira ini bukanlah masalah yang besar. Apa yang penting, Mahasiswa Pendidik ataupun Pimpinan Bitara perlu sedar bahawa mereka dipilih untuk mewakili kepentingan mahasiswa secara umum. Jadi tunaikan lah tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada anda dengan sebaiknya..
Rayuan haji 1446H/2025M dibuka
2 days ago
No comments:
Post a Comment